MISI DAN VISI SMK DESA MURNI




VISI SMKDM

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik
Negara Sejahtera
                 
                            MISI SMKDM

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


    MOTO SMKDM
BERILMU ,  BERAKHLAK , BERBAKTI
PIAGAM SMKDM
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Murni dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
*         Memastikan semua pelajar dididik berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan
*         Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah
*         Mengeratkan hubungan mesra dan kerjasama di samping menjalinkan semangat perpaduan antara guru dengan ibu bapa demi kepentingan bersama
*         Menangani masalah pelanggan yang dihadapi dengan penuh ikhlas dan bertanggungjawab
*         Memastikan pejabat sekolah sedia memberi kerjasama dan berkhidmat dengan cekap dan amanah sesuai dengan kehendak pelanggan
*         Menjadikan persekitaaran sekolah sentiasa ceria, indah, sesuai dan selamat untuk kesempurnaan pengajaran dan pembelajaran
*         Sentiasa menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan pendidikan.
                     
                      TEMA SEKOLAH

' Bertekad Cemerlang '


 

FALSAFAH SMKDM

Bahawasanya pendidik-pendidik di sekolah ini mempunyai sikap, pengetahuan dan kebolehan serta kemahiran ikhtisas untuk membimbing pelajar ke arah peningkatan intelek, kemahiran, rohani dan jasmani.

Bahawasanya murid-murid SMKDM berkebolehan dan berpotensi untuk cemerlang serta berkembang maju dari aspek intelek, kemahiran, rohani dan jasmani sekiranya peluang diberikan seluas-luasnya kepada mereka.


LAGU SMKDM
Desa Murniku maju berjaya
Jati diri bersemangat waja
Tunjang harapan ayah dan bonda
Kelak ilmuku penuh di dada

Berbakti pada negara bangsa
pada agama jua budaya
Indah budi pekerti mulia
perpaduan dan bekerjasama

Kamilah harapan bangsa maju
kamilah harapan wawasan mu
perkasaku dengan ilmu
melangkah gagah tanpa ragu

 Kamilah harapan bangsa maju
kamilah harapan wawasan mu
berjuang ku tanpa ragu
perkasaku dengannya ilmu