KO AKADEMIK


Kurikulum bagi setiap unti kokurikulum dibahagikan kepada tiga aspek seperti berikut :

Kurikulum Teras
Merupakan aktiviti yang perlu dijalankan sepanjang tahun dan melibatkan semua ahli iaitu :

a)Penghayatan Nilai-nilai Kerohanian / Moral
·         Memulakan setiap perjumpaan dengan bacaan doa mengikut kaum masing-masing
·         Bersyukur dengan kejayaan yang dicapai,dan bersabar serta menerima kenyataan apabila menghadapi kegagalan

b)      Patriotik
·         Menyanyikan dan menghayati lagu kebangsaan,lagu negeri dan lagu-lagu patriotik yang lain mengenal bendera dan lambing kebangsaan.

c)Disiplin dan Semangat Kekitaan
·         Mematuhi arahan
·         Menepati waktu
·         Berpakaian kemas

d)      Kepimpinan
·         Adakan kursus-kursus kepimpinan kepada semua ahli.
·         Penglibatan ahli dalam perancangan atau aktiviti yang dijalankan.
·         AJK diberi peluang untuk merancang kegiatan

e)   Latihan Kawad (untuk unit beruniform sahaja)
·         Mengikut kurikulum yang ditetapkan.
·         Memahami arahan dan dapat melakukan dengan betul.

f)     Perkhemahan
·         Mengenalpasti tempat-tempat yang sesuai untuk mendirikan khemah.
·         Cara-cara mendirikan khemah (teori & pratikal)
·         Ikatan dan Kraf perkhemahan.
·         Keselamatan semasa perkhemahan.
g)      Pengisian Aktiviti Mengikut Unit
·               Unit Beruniform
      Menguasai kemahiran tertentu dalam unit masing-masing seperti :
           . Kawad
           . Ikatan
           . Pertolongan Cemas
           . Memasak
           . Aktiviti-aktiviti lain yang sesuai

·           Persatuan dan Kelab
      Aktiviti yang boleh membantu memperkukuhkan proses pengajaran dan       
      pembelajaran seperti :
           . Kuiz
           . Permainan Bahasa
           . Pidato Umum
           . Lukisan Mural
           . Taman Herba
           . Mendeklamasi Sajak
           . Penyediaan Bahan Pameran

·          Sukan dan Permainan
        Aktiviti yang boleh membantu meningkatkan kemahiran dan member pengetahuan 
        tentang undang - undang dan peraturan permainan.
                . Kemahiran Asas
                . Undang-undang dan Peraturan
               . Teknik Permainan
               . Latihan Pelbagai
                   
Kurikulum Khusus
Aktiviti khusus yang ditetapkan oleh badan induk masing-masing.
a)   Unit Beruniform
      Mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh badan induk masing-masing.
b)   Persatuan dan Kelab
Mengikut rancangan yang telah ditentukan oleh jawatankuasa masing-masing seperti :
·         Kem (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Ibadat dll)
·         Lawatan Sambil Belajar
·         Kursus Kepimpinan
c)  Sukan dan Permainan
              Mengikut rancangan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa masing-masing
·         Kem Bakat
·         Pertandingan Mini
·         Latihan Kepengadilian

Kurikulum Elektif
Merupakan aktiviti pilihan mengikut kemampuan,kepakaran dan kemudahan yang ada.
a)   Pendidikan Luar / Outdoor
·         Perkhemahan Solo
·         Orienteering
·         Abseling
·         Jungle Trekking
·         Flying Fox
·         Kayak
·         Rafting
·         Snorkeling
·         Expedisi
b)   Projek
·         Membina arca / Model
·         Kajian Tokoh-tokoh
c)   Khidmat Masyarakat
·               Aktiviti Gotong-royong
·               Minggu Kerja
·               Program Derma Darah

Jamuan
Jamuan Akhir Tahun dan Jamuan Perpisahan